Photoshot @ Bandar Tasik Kesuma

Alhamdulillah selesai photoshot+post processing+delivery. Thanks kepada yang sudi membantu dari peminjam kereta; hana, afizi dan nabihah, sehingga la kepada kawan-kawan yang banyak membantu; arif, dan adnin sepanjang sesi photoshot. Lokasi photoshot ni di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Beranang berhampiran dengan Kolej Profesional Mara dan yang paling 'famous' Bukit Broga.

Sebenarnya tak jangka dapat peluang untuk photoshot gambar pelajar sekolah menengah ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah membuka peluang untuk mencari duit tambahan. Terima kasih kepada Puan Amalina Abdul Munim kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk buat photoshot. Nak kata berpengalaman pun tidak mana yang dapat dari pembacaan otai2 dan praktikal alhamdulillah membantu sesi photoshot.

Nak diikutkan sebenarnya photoshot ni guna background library yang biasa orang ambil untuk para graduasi tapi malangnya set background takda dalam stok. Jadi setelah membuat hitung2 dapat idea untuk gunakan Nikkor 50mm f1.8D (prime lens) sebagai ganti supaya gambar yang diambil nanti background dia tak la nampak sharp sangat. Nak tau apa yang digunakan untuk photoshot ni:

-Nikon DSlr D90
-Nikkor 50mm f1.8D
-Nikon SB900 (with radio trigger)
-Yong Nuo 560 (with radio trigger)
-Softbox dengan 'Payung' (bukan payung hujan tapi kalau kecemasan boleh guna jugak la)
-2 light stand

AlHasil, macam gambar kat bawah ni..


p1

Selamat Datang


Mula-mula sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berkat darinya blog ini akhirnya dapat disiapkan. Lama rasanya blog ini sudah diaktifkan tapi tidak terusik kerana tidak berkesempatan meluangkan masa. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abang saya yang telah memberi tunjuk ajar untuk menghiasi blog ini juga kepada designer yang sedia ada dalam internet.


Jadi insyaAllah sebagai post saya yang pertama ingin saya berkongsi tentang kehidupan memandangkan blog ini diberi nama 'Potrait Kehidupan'. Bercerita mengenai kehidupan, dari mana sebenarnya asal kehidupan atau kejadian makhluk-makhluk di alam semesta ini? Cuba bertanya pada diri siapakah yang melahirkan kamu? Jika jawapan yang terlintas difikiran adalah ibu bapa kamu kemudian siapa pula yang melahirkan mereka? Ibu bapa mereka? Akhirnya persoalan ini tidak terjawab kerana akal manusia itu punya batasannya. Justeru kita sebagai ummat islam telah dikurniakan mukjizat agung iaitu Al-Quran sebagai petunjuk serta pedoman hidup untuk kita semua.

"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
[Al-Baqarah: 1-5]


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia."
[Al-'Alaq: 1-3]


Allah SWT memerintah kepada hamba-hambanya agar membaca segala isi yang terdapat dalam Al-Quran serta segala kejadian yang diciptakan. Di dalam surah Al-Alaq ini juga ada menyebut bahawa telah Allah ciptakan manusia itu dari segumpal darah. Proses kejadian manusia secara sainsnya telah membuktikan bahawa Al-Quran itu merupakan sesuatu yang agung. Mengapa? Kerana Al-Quran menceritakan perkara-perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Barat, secara teori telah menyatakan bahawa asal kejadian manusia itu dari haiwan yang kemudianya melalui evolusi zaman dan akhirnya menjadi kita, manusia. Namun, teori itu dapat disangkal dengan fakta sains yang kemudiannya menyatakan bahawa manusia itu asalnya dari percantuman sperma dan ovum dan kemudiannya melahirkan bayi. Tidak cukup dengan itu, Al-Quran yang telah diturunkan pada bulan mulia, Ramadhan 610 Masihi menyingkap bukti kebesaran Allah SWT dalam mukjizat agungnya;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"
[Al-Insan: 2]

”Kemudian Kami mengubah nutfah(mani) menjadi alaqah(ketulan darah)”
[Al-Mukminun: 14]

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”
[Al-Mukminun: 14]

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah(seketul daging) itu menjadi izam(tulang belulang) da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”
[Al-Mukminun: 14]

Melalui proses-proses inilah lahirnya kita manusia ke bumi ini dan awalnya lagi Allah telah berfirman bahawa Dia menciptakan manusia adalah untuk mengujinya, menguji sejauh mana iman serta takwa hamba-hambanya kepada Dia, Allah SWT. Oleh itu, terima dan redha dengan segala ujian yang Allah berikan kepada kita kerana itu tanda kasihnya kepada kita. Jangan mudah mengeluh dengan ujian yang diberi kerana Dia Maha Mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui.

Justeru mengenali siapa pencipta kita sebenarnya membawa diri kita untuk mengenali siapa diri kita serta mengapa kita diciptakan. Maka dengan itu tidaklah kita terpinga-pinga apa yang kita hendak lakukan diesok hari kerana matlamat kita didunia ini hanyalah mencari redha dari Ilahi.

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"
[Adz Dzariyat: 56]

p1